16 June 2009

Kursus membina blog PSS

Bengkel membina blog PSS telah diadakan pada 16 dan 17 Jun 2009 di makmal komputer SMJK Bandar Baru Serting. Kursus ini telah dihadiri oleh 15 orang GPM kawasan PKG Bahau.

Carta Organisasi PSS














Album PSS



Kaunter Pemeriksaan PSS.









Kaunter meminjam dan memulangkan buku.

Pencapaian PSS




Program / Aktiviti PSS


Kemudahan PSS

Kemudahan PSS..............

Program Nilam

Program Nilam

Objektif PSS

1. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya
dapat menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berpotensi.

2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan yang
terdapat di PSS supaya mereka tidak bergantung pada buku semata-mata.

3. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui
pencarian dengan menggunakan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

4. Melatih para pelajar menggunakan kemahiran ICT selaras dengan
perkembangan teknologi dunia.

Matlamat PSS

Matlamat PSS SMJK CHI WEN

Misi dan Visi

MISI
Membantu memberi pendidikan yang terbaik kepada semua murid bagi melahirkan modal insan yang cemerlang melalui pendekatan bersepadu berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI
Pusat Sumber Sekolah SMJK Chi Wen menjadi pusat sumber sekolah yang terbaik di Daerah Jempol dan Jelebu menjelang 2015.

Sejarah Pusat Sumber Sekolah

SMJK Chi Wen, Bahau telah diasaskan pada tahun 1957. Pada masa itu, sekolah belum ada kemudahan perpustakaan yang formal. Kemudahan yang ada hanyalah sudut membaca dan koleksi buku dalam kelas masing-masing.

Pada tahun 1969, perpustakaan SMJK Chi Wen telah dibina. Bilik jahitan dan bilik pandang-dengar pada masa itu telah diubah suai menjadi perpustakaan sekolah. Luasnya hanya sebesar 8mx9m sahaja.

Selaras dengan pertambahan bilangan pelajar, perpustakaan pada masa itu tidak dapat menampung keperluan pelajar. Akhirnya pada tahun 1973, satu bilik yang lebih besar telah diubah suai menjadi perpustakaan iaitu bertempat di lokasi sekarang. Sejak perpindahan perpustakaan baru, walaupun perpustakaan yang kecil tetapi mempunyai kelengkapan asas yang cukup telah mula beroperasi dengan baik.

Pada tahun 1981, sekolah telah mengadakan perayaan ulangtahun ke-25. Kutipan derma telah dilancarkan dan sebahagian daripada kutipan itu telah digunakan untuk memperluas perpustakaan.

Pada tahun 1983, perpustakaan sekolah telah dinaiktarafkan menjadi Pusat Sumber Sekolah dan beroperasi hingga hari ini.