21 July 2009

Ceramah Keselamatan dan Kawad Kebakaran

GPK HEM En. Teo Yoke Tong menyampaikan cenderamata kepada En. Zulkifli Abd. Rahman
.
Satu ceramah yang berkenaan dengan keselamatan dan kawad kebakaran telah diberi oleh Pegawai Umum Kanan Bomba Bahau, En. Zulkifli Abd. Rahman bertempat di gelanggang bola keranjang berbumbung SMJK Chi Wen pada 15/7/2009 (Khamis).

08 July 2009

TAKLIMAT INFLUENZA A (H1N1)

Dr. See Beng Teong memberi taklimat

Pelajar diajak untuk membasuh tangan semasa demonstrasi

.
Satu taklimat berkenaan dengan Influenza A (H1N1) telah diberi oleh Dr. See Beng Teong dari Pejabat Kesihatan Daerah Jempol pada pukul 8.00 pagi hari 8/7/2009 (Rabu) bertempat di gelanggang bola keranjang berbumbung SMJK Chi Wen, Bahau. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menyedarkan semua warga sekolah tentang bahayanya Influenza A (H1N1) ini dan cara untuk melindungi diri daripada dijangkiti. Pada akhir taklimat, satu demonstrasi tentang cara membasuh tangan dengan betul telah diadakan.



PROMOSI PERKHEMAHAN "30 HOUR FAMINE"

En. Koo Kai Soon memberi taklimat

Satu taklimat telah diberi oleh En Koo Kai Soon dari NSChinese Assembly Hall Youth pada pukul 7.40 pagi hari 8/7/2009 (Rabu) bertempat di gelanggang bola keranjang berbumbung SMJK Chi Wen, Bahau. Taklimat ini bertujuan utuk mempromosikan perkhemahan `30 Hour Famine' yang akan diadakan di Dewan Sekolah Chung Hua, Seremban pada 18/7/2009 hingga 19/7/2009. Matlamat perkhemahan `30 Hour Famine' ini ialah untuk menyedarkan para pelajar untuk mempertahankan dunia daripada kebuluran dan kemiskinan.

05 July 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan ke-36, SMJK Chi Wen


Tarikh: 5 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Padang SRJK(C) Bahau, Negeri Sembilan

02 July 2009

Latihan dalam Perkhidmatan II 2009

Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.30 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Gerakan

Tajuk:
1. Perkongsian IImu dalam Mata Pelajaran

Latihan dalam Perkhidmatan I 2009

Tarikh: 20 Mac 2009 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Gerakan
Tajuk:
1. Syarat-syarat Perkhidmatan
2. Etika dan Penampilan Diri
3. 'Neuro Linguistics Programme'
4. Pengenalan dan Pendedahan EDUWEBTV
5. Pengendalian Mesyuarat