13 November 2009

HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH 2009

Ucapan Wakil Pelajar
(Saudara Lee Ming Hong dengan Saudari Hoi Chui Yun)
.

Persembahan Pelajar

Tarikh: 11 November 2009 (Rabu)

Masa: 7.30 Pagi

Tempat: Gelanggang Bola Keranjang SMJK Chi Wen

18 September 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-52

Persembahan Pelajar
Deklamasi Sajak Bahasa Cina

Majlis Perasmian Penutup
Tarikh: 17/9/2009 (Khamis)
Masa: 10.45 pagi
Tempat: Gelanggang Bola Keranjang

19 August 2009

PERTANDINGAN KAWAT KAKI DAN BANNER BADAN BERUNIFORM

Pertandingan kawat kaki dan banner antara badan beruniform telah dianjurkan oleh pihak Kokurikulum sekolah pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) di gelanggang bola keranjang SMJK Chi Wen Bahau pada pukul 10.30 pagi. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Pertandingan Kawat Kaki Berpasukan
Johan - Pasukan Kadet Polis
N. Johan - Pasukan St. John
Ketiga- Pergerakan Pengakap
Keempat- Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Kelima- Pergerakan Pandu Puteri

Pertandingan Ketua Pelatun
Johan- Lee Chun Jie (P. Kadet Polis)
N. Johan- Peggy Lee (P. Kadet Remaja Sekolah)
Ketiga- Lo Sin Kit (P. Pengakap)
Keempat- Fam Yi Ling (P.St. John)
Kelima- Wong Wei Chi (P. Pandu Puteri)

Peserta Terbaik Setiap Pasukan
Pasukan Kadet Polis - Chow Chee Ying
Pasukan St. John - Beh Yi Li
Pergerakan Pengakap - Yong Choon Shiang
Pasukan Kadet Remaja Sekolah - Yap Lye Jin
Pergerakan Pandu Puteri - Chan Yan Bing

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE-ENAM


Sekolah telah menganjurkan Latihan dalam Perkhidmatan ke-enam pada 15 Ogos 2009 (Sabtu). Sekolah telah menjemput DR. Lee Boon Hua sebagai penceramah. Beliau telah memberi dua slot ceramah yang amat menarik kepada semua guru dan staf sokongan sekolah. Tajuk ceramah beliau ialah "Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja" dan " Pengurusan Kelas".

21 July 2009

Ceramah Keselamatan dan Kawad Kebakaran

GPK HEM En. Teo Yoke Tong menyampaikan cenderamata kepada En. Zulkifli Abd. Rahman
.
Satu ceramah yang berkenaan dengan keselamatan dan kawad kebakaran telah diberi oleh Pegawai Umum Kanan Bomba Bahau, En. Zulkifli Abd. Rahman bertempat di gelanggang bola keranjang berbumbung SMJK Chi Wen pada 15/7/2009 (Khamis).

08 July 2009

TAKLIMAT INFLUENZA A (H1N1)

Dr. See Beng Teong memberi taklimat

Pelajar diajak untuk membasuh tangan semasa demonstrasi

.
Satu taklimat berkenaan dengan Influenza A (H1N1) telah diberi oleh Dr. See Beng Teong dari Pejabat Kesihatan Daerah Jempol pada pukul 8.00 pagi hari 8/7/2009 (Rabu) bertempat di gelanggang bola keranjang berbumbung SMJK Chi Wen, Bahau. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menyedarkan semua warga sekolah tentang bahayanya Influenza A (H1N1) ini dan cara untuk melindungi diri daripada dijangkiti. Pada akhir taklimat, satu demonstrasi tentang cara membasuh tangan dengan betul telah diadakan.



PROMOSI PERKHEMAHAN "30 HOUR FAMINE"

En. Koo Kai Soon memberi taklimat

Satu taklimat telah diberi oleh En Koo Kai Soon dari NSChinese Assembly Hall Youth pada pukul 7.40 pagi hari 8/7/2009 (Rabu) bertempat di gelanggang bola keranjang berbumbung SMJK Chi Wen, Bahau. Taklimat ini bertujuan utuk mempromosikan perkhemahan `30 Hour Famine' yang akan diadakan di Dewan Sekolah Chung Hua, Seremban pada 18/7/2009 hingga 19/7/2009. Matlamat perkhemahan `30 Hour Famine' ini ialah untuk menyedarkan para pelajar untuk mempertahankan dunia daripada kebuluran dan kemiskinan.

05 July 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan ke-36, SMJK Chi Wen


Tarikh: 5 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Padang SRJK(C) Bahau, Negeri Sembilan

02 July 2009

Latihan dalam Perkhidmatan II 2009

Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.30 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Gerakan

Tajuk:
1. Perkongsian IImu dalam Mata Pelajaran

Latihan dalam Perkhidmatan I 2009

Tarikh: 20 Mac 2009 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Gerakan
Tajuk:
1. Syarat-syarat Perkhidmatan
2. Etika dan Penampilan Diri
3. 'Neuro Linguistics Programme'
4. Pengenalan dan Pendedahan EDUWEBTV
5. Pengendalian Mesyuarat

16 June 2009

Kursus membina blog PSS

Bengkel membina blog PSS telah diadakan pada 16 dan 17 Jun 2009 di makmal komputer SMJK Bandar Baru Serting. Kursus ini telah dihadiri oleh 15 orang GPM kawasan PKG Bahau.

Carta Organisasi PSS














Album PSS



Kaunter Pemeriksaan PSS.









Kaunter meminjam dan memulangkan buku.

Pencapaian PSS




Program / Aktiviti PSS


Kemudahan PSS

Kemudahan PSS..............

Program Nilam

Program Nilam

Objektif PSS

1. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya
dapat menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berpotensi.

2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan yang
terdapat di PSS supaya mereka tidak bergantung pada buku semata-mata.

3. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui
pencarian dengan menggunakan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

4. Melatih para pelajar menggunakan kemahiran ICT selaras dengan
perkembangan teknologi dunia.

Matlamat PSS

Matlamat PSS SMJK CHI WEN

Misi dan Visi

MISI
Membantu memberi pendidikan yang terbaik kepada semua murid bagi melahirkan modal insan yang cemerlang melalui pendekatan bersepadu berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI
Pusat Sumber Sekolah SMJK Chi Wen menjadi pusat sumber sekolah yang terbaik di Daerah Jempol dan Jelebu menjelang 2015.

Sejarah Pusat Sumber Sekolah

SMJK Chi Wen, Bahau telah diasaskan pada tahun 1957. Pada masa itu, sekolah belum ada kemudahan perpustakaan yang formal. Kemudahan yang ada hanyalah sudut membaca dan koleksi buku dalam kelas masing-masing.

Pada tahun 1969, perpustakaan SMJK Chi Wen telah dibina. Bilik jahitan dan bilik pandang-dengar pada masa itu telah diubah suai menjadi perpustakaan sekolah. Luasnya hanya sebesar 8mx9m sahaja.

Selaras dengan pertambahan bilangan pelajar, perpustakaan pada masa itu tidak dapat menampung keperluan pelajar. Akhirnya pada tahun 1973, satu bilik yang lebih besar telah diubah suai menjadi perpustakaan iaitu bertempat di lokasi sekarang. Sejak perpindahan perpustakaan baru, walaupun perpustakaan yang kecil tetapi mempunyai kelengkapan asas yang cukup telah mula beroperasi dengan baik.

Pada tahun 1981, sekolah telah mengadakan perayaan ulangtahun ke-25. Kutipan derma telah dilancarkan dan sebahagian daripada kutipan itu telah digunakan untuk memperluas perpustakaan.

Pada tahun 1983, perpustakaan sekolah telah dinaiktarafkan menjadi Pusat Sumber Sekolah dan beroperasi hingga hari ini.