08 July 2009

TAKLIMAT INFLUENZA A (H1N1)

Dr. See Beng Teong memberi taklimat

Pelajar diajak untuk membasuh tangan semasa demonstrasi

.
Satu taklimat berkenaan dengan Influenza A (H1N1) telah diberi oleh Dr. See Beng Teong dari Pejabat Kesihatan Daerah Jempol pada pukul 8.00 pagi hari 8/7/2009 (Rabu) bertempat di gelanggang bola keranjang berbumbung SMJK Chi Wen, Bahau. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menyedarkan semua warga sekolah tentang bahayanya Influenza A (H1N1) ini dan cara untuk melindungi diri daripada dijangkiti. Pada akhir taklimat, satu demonstrasi tentang cara membasuh tangan dengan betul telah diadakan.